Thursday, February 26, 2009

Gerak usahawan 2009 - sepang

Hmmm..... akhirnya berkesempatan juga saya untuk menceritakan pengalaman saya menjenguk @ singgah sebentar Pameran Gerak Usahawaan 2009 yang diadakan pada sabtu dan ahad lepas.Kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal yang berlaku pada gambar yang saya ambil....:( Tapi ianya telah berjaya diselesaikan....



Setibanya saya di tapak pameran kelihatan banting ( banner ) sebegini di sepanjang jalan di padang bola sepak pekan salak , sepang.Nampak meriah juga kerana pada hari itu ramai orang yang datang mengunjungi ke pameran tersebut.

Saya yang kebetulan dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja ( shif petang ) pun turut tertarik dengan aktiviti yang diadakan.Jadi saya singgah sebentar untuk melihat apa yang ada di pameran tersebut.

" KEUSAHAWAN KERJAYA PILIHAN " merupakan tema bagi pameran tersebut.Ia adalah anjuran KEMENTERIAN PEMBANGUNGAN USAHAWAN DAN KOPERASI.Ramai usahawan yang melibatkan diri dalam pameran ini meliputi bidang pencetakan , makanan , kecantikan dan seni kraftangan.

Ini adalah booth yang pertama sekali saya lawati......Ia mempamerkan serba sedikit peralatan yang unik dan menarik ciptaan Encik Zul - perintis dalam bidang rekacipta.

Di gerai ini pula saya dan pengunjung yang lain dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisi johor.Dan mee bandung muar semestinya kegemaran saya.....yang bestnye ada sampel makanan percuma....alas jugalah perut saya....

Booth rubber stamp menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan tersebut.Dengan modal yang berpatutan kita boleh mulakan bisnes rubber stamp dengan mendapat keuntungan sehingga 150% - 300%.Untuk maklumat lanjut sila KLIK disini



Booth yang berkaitan percetakan dan senireka grafik antara yang paling diminati oleh pengunjung yang hadir.....

Bagi usahawan-usahawan baru ada berita baik untuk anda.Kini telah terbit digest keusahawan dalam bahasa Melayu di mana ia menjadi satu lagi sumber alternatif bagi anda untuk mempromosi dan memperkenalkan produk mahupun perniagaan anda.Layari laman web INI untuk mendapatkan keterangan lanjut. - belianiaga.com -


Namun hanya itu sahaja booth yang sempat saya kunjungi disebabkan secara tiba-tiba langit mendung awan berarak kelabu ( ish...bahasa bunga-bunga la pulak) telah muncul.Lalu saya meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan hati yang gembira.

P/s : Banyak peluang yang telah kerajaan sediakan untuk bumiputera terlibat dalam perniagaan.Bersama-samalah kita berusaha menjadi diri kita sebagai usahawan yan berjaya.

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....