Wednesday, February 25, 2009

Seminar Terbaru....

Dipetik dari laman web Shuth :

Fuh!.. Sejak seminggu lalu, saya agak terlalu sibuk. Target nak update blog ini 2 hari sekali pun dah ter”miss” sedikit. Harap-harap pembaca blog ini tidaklah merajuk dan termenung panjang sambil merenung bulan bagai pungguk yang kesepian. Oh!

Sebenarnya, sejak seminggu lalu saya sibuk menyiapkan bahan-bahan, website, write-up dan bermacam-macam lagi untuk seminar saya yang pertama. Ya! yang pertama… sebelum ini saya hanyalah menjadi speaker jemputan ataupun speaker upahan bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak lain. Tetapi kali ini, seminar yang akan diadakan ini dianjurkan sepenuhnya oleh saya.

Untuk seminar yang pertama ini, ia akan diadakan apda 15 Mac 2009, di Hotel Quality , Kuala lumpur. Seminar ini diberi judul “Seminar Perniagaan Ebook”. Ianya memfokuskan bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan ebook di internet.
Saya sebenarnya telah merancang untuk mengadakan seminar ini sejak 3 tahun yang lalu, tetapi … saya tidak mahu terburu-buru pada waktu itu. Saya mahu “ilmu” yang ingin saya ajarkan kepada orang lain nanti, betul-betul ilmu yang bermanfaat dan berkesan. Sebab itulah saya mengambil masa sehingga 3 tahun untuk menimba, mengumpul dan seterusnya mengujinya sendiri ilmu tersebut bagi memastikan ia benar-benar berkesan. Insyallah, saya akan kongsikan semua ilmu & pengalaman tersebut bersama-sama perserta seminar kelak.

Pada seminar kali ini juga, akan ada seorang IM tempatan yang “kacak” berjaya akan turut serta sebagai speaker jemputan untuk berkongsikan ilmu & pengalaman beliau.. nak tahu siapa? Kenalah join!.. he he he..

.
P/s :Alhamdulillah....saya dah daftar....kepada kengkawan yang berminat
sila KLIK DI SINI....

1 comment:

Unknown said...

Salam hazman, thanks sebab sudi mendaftar sebagai pserta seminar. Insyallah kita akan berjumpa nanti.

Just nak inform hazman, ada update sedikit pada page download bonus. Harap hazman dapat check semula page download tersebut.

p/s;_ update ada dibahagian bawah page tersebut.

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....