Wednesday, March 4, 2009

Kesinambungan Ilmu Chef Li




Bacalah Buku ini untuk mengetahui ramuan penting bagi mengatasi kemelut sosio-ekonomi bangsa Melayu.

"Kita ibarat makan kuah yang disisakan orang. Ibarat melukut di tepi gantang, hanya melihat beras jati berpindah ke sumpit orang!'




"Kenapa kita tidak kaya? Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain"
Chef Li


Hidup anda buntu dan sempit?
Anda sedang tercari-cari haluan kehidupan?

Baca buku ini.. cetuskan perubahan!


Bermulalah dengan apa yang ada.. berniagalah tanpa perlu berhutang. Berjiwa besarlah bukan berhati besar...

Tidak perlu kesempurnaan sebelum mula berniaga. Dekatkanlah diri dengan Tuhan dan fahamilah jiwa sendiri...

Tingkatkan ilmu dalam bisnes yang diceburi. Ambillah iktibar daripada mereka yang telah berjaya.


"Buku ini patut dimiliki oleh individu yang mempunyai jiwa usahawan yang ingin berjaya di dunia dan akhirat. Penuh dengan tips dan rahsia kejayaan."
Rohani Mohamad, Perbendaharaan Malaysia

'OKB! Orang Kaya Bertaqwa' menyelami jiwa manusia yang inginkan kekayaan dan keberkatan dalam usaha bisnesnya. Kisah hidup dan renungan Dr. Rusly dalam buku ini bagaikan cermin untuk kita menilai keadaan, tanggapan, dan amalan bisnes orang melayu dan umat Islam. Berlatarkan kembara Dr. Rusly untuk bertemu dengan guru tasawufnya Pak Kiai Muhidin Hamdi di tanah Jawa, kita dipujuk dan dibimbing untuk bukan sahaja menceburi bisnes tetapi menceburinya melalui pintu kerohanian (spiritual) yang menjanjikan kejayaan yang hakiki.


p/s : Anda pasti bersemangat dan bermotivasi tinggi bila baca buku sebegini

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....