Sunday, February 1, 2009

Sedutan dari Lamanweb MAJALAH IM

Pada 30hb Januari lepas pihak Majalah IM telah menganjurkan Mini Seminar yang bertempat di pejabat Team FlareBiz, Diamond Square Business Center. Seminar ini lebih membincangkan asas-asas perniagaan Internet yang sebenar iaitu produk fizikal, produk digital dan servis sahaja. Lain-lain berkaitan program buat duit tidak disentuh sama-sekali.

Sesi bergambar bersama Adly aka Labanon dan Zhafran


Alhamdulillah, seminar ini dilangsungkan dengan jayanya dan 10 tempat yang dikhaskan sememangnya penuh dari awal lagi. Malah ada juga yang terlebih menjadi peserta yang ke-11 :D Tak mengapa kerana itu sememangnya rezeki beliau. Sebenarnya sangat ramai yang berminat dan mencadangkan supaya pada masa akan datang ia dianjurkan pada hujung minggu.

Seminar ini juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang Majalah IM crew, antaranya ialah Cik Mal, Waidakmy dan terbaru ialah saudara Richie. Tidak ketinggalan kami juga berpeluang berjumpa penulis buku berpengaruh iaitu Zamri Mohamad yang semestinya tidak lokek berkongsi ilmu dan pandangan beliau.

Insyallah ini akan menjadi acara bulanan Majalah IM dan tidak mustahil kita akan menjelajah seluruh pelusuk tanah air nanti. Niat kami satu, iaitu ingin membantu lebih ramai memahami apa itu perniagaan Internet. Sebab itulah caj yang dikenakan sangat-sangat murah iaitu RM100 sahaja.

Feedback Daripada Peserta

Lihatlah salah satu feedback daripada peserta:

Tahniah kerana telah mengendalikan seminar asas perniagaan internet pada 30 Jan yang lalu. Saya adalah salah seorang peserta seminar tersebut ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada team flarebiz kerana tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan kepada kami para newbie. Ternyata layanan yang diberi sangat memuaskan sehinggakan saya rasa puas hati sepanjang seminar dijalankan.

Keseluruhannya seminar ini memang amat2 berbaloi dan saya sendiri merasakan seminar ini patut diteruskan pada masa2 akan datang. Newbie2 seperti kami memang amat memerlukan ilmu2 baru seperti ini. Sekali lagi tahniah saya ucapkan!

Menjadi Acara Bulanan

Mungkin pada masa akan datang pihak Majalah IM akan membabitkan pihak penulis juga untuk berkongsi pengalaman dengan para newbie. Baiklah, berbalik mengenai seminar pada hari tersebut sememangnya meriah kerana semua peserta begitu bersemangat dan penuh bermotivasi. Rata-rata peserta pulang dengan minda yang positif dan percaya bahawa Internet sememangnya boleh buat duit. Tak begitu? :D

Secara keseluruhan, boleh dikatakan mini-seminar ini berjaya dan semoga seminar ini dapat diteruskan dengan lebih meriah lagi. Kepada yang terlambat untuk menyertai mini-seminar pada Jumaat lepas anda boleh menyertai seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil anjuran bersama Majalah IM dan Primaya Solution di UIA pada 7hb Februari ini. Daftar sekarang!

sekian.

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....