Monday, February 9, 2009

Peluang Tambah Ilmu



Pada hari sabtu yang lepas sewaktu saya pulang dari kerja ....mata saya terdorong untuk melihat post box rumah yang kelihatan agak penuh dengan macam-macam surat.Kebanyakannya promosi dari GIANT dan pamplet iklan pelbagai jenis perkhidmatan.Cuma ada satu sampul yang menarik perhatian saya untuk membukanya.Dan ia adalah dari SME bank.

Rupa-rupanya apabila saya buka ianya adalah tawaran untuk menghadiri kursus anjuran SME BANK.Ia merupakan antara kursus tahunan SME bank dan saya menerima tawaran tersebut oleh kerana sebelum ini saya pernah menghadiri KURSUS ASAS KEUSAHAWAN ( lebih kurang la tajuknya...) yang mereka adakan pada tahun lepas.

Butiran mengenai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

Latihan Peningkatan IKS

KURSUS PENGURUSAN KREDIT DAN HUTANG

Tarikh : 25-26 Februari 2009 ( Rabu-Khamis)

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Bilik Latihan 1

Aras 6 , Menara SME BANK , Jalan Sultan Ismail , 50774 , Kuala Lumpur.

PENGENALAN

Hutang Lapuk dan Modal Kerja adalah perkara yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan.Seperti yang semua sedia maklum aliran tunai yang bermasalah akan mengakibatkan kegagalan operasi perniagaan dan bankrupsi.Melalui kursus yang ditawarkan ini, anda dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kawalan kredit dan kaedah mengutip hutang yang berkesan.Program ini juga akan dapat membantu anda mengenai perancangan strategik dalam mengaplikasikan teknik kutipan hutang yang berkesan tanpa menjejaskan perhubungan sesama pelanggan.

FAEDAH :)

  • Memahami konsep yang efektif untuk mengutip hutang ( termasuk kaedah rundingan)
  • Merancang dan mengurus POLISI KAWALAN KREDIT dengan berkesan
  • Kenalpasti , minimunkan dan mengelakkan kos hutang lapuk
  • Meningkatkan PULANGAN PELABURAN dan UNTUNG syarikat
  • Membuat keputusan yang berkesan dan terbaik dalam pengurusan dan kutipan tunai

Lebih kurang begitulah isi kandungan surat tawaran tersebut....menarik bukan.Ianya merupakan antara ilmu yang perlu diketahui sekiranya seseorang itu dalam menjalankan perniagaan.

Yuran Penyertaan untuk kursus ini adalah RM350 ( meliputi 3 kali makan minum dan nota seminar).Saya pula sebagai salah seorang bekas peserta kursus sebelum ini DISKAUN 50 % telah diberi.Maka saya hanya perlu bayar RM 175 jika saya berminat untuk menghadirinya.Suatu pelaburan yang berbaloi kerana ianya dikendalikan oleh penceramah dari Strategic Action Preneur Sdn Bhd yang berpengalaman selama 27 tahun dalam industri perbankan.

Namun saya masih belum memberi kata putus samada untuk menghadiri kursus ini atau tidak....Kena tunggu apa kata survey ..... :) . Akan tetapi kepada sahabat yang berminat untuk menghadiri kursus ini sila rujuk :

PembangunanUsahawan Bumiputera ( u/p:Cik Fazliana / Cik Roslinda)

Tel : 03-26153860 / 03-26152020

Tarikh tutup permohonan : 16 Februari 2009

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....