Monday, March 9, 2009

Seminar Keusahawanan di Hotel Empress Sepang

Pada 7-8 Mac lepas saya telah menghadiri kursus keusahawan di Hotel Empress Sepang.Seperti yang diri saya sendiri maklum ....apa sahaja bengkel/kursus dan seminar yang berkaitan dengan dunia internet/komputer/motivasi dan keusahawan pastinya akan menarik minat saya untuk menyertainya.Setahun dua ini semacam menjadi keseronokan pada diri saya untuk sentiasa TOP UP ilmu saya setiap hari secara berperingkat....Dan saya lebih gemar untuk menghadiri MAJLIS ILMU yang berbayar pada kadar harga yang berpatutan.Bukan apa kadar kesungguhan dan penjiwaan untuk mendapat ilmu akan lebih berkesan jika ianya dibayar dengan wang hasil titik peluh kita...Percayalah kata-kata saya ini....

Di sini saya ingin kongsikan antara ILMU yang saya dapat dari seminar keusahawanan tersebut.Ia merupakan tiga buah lagu yang bait kata-katanya telah membuatkan hati saya tersentuh dan membangkitkan kesedaran dalam diri saya.....

WARISAN

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



GEMILANG

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama

Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar





KU PETIK BINTANG-BINTANG

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua




No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....