Saturday, February 21, 2009

Senior yang Saya Kagumi

Abu Saif

  • ABU SAIF

  • Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan

    - ABU SAIF



Alhamdulilah....

Permulaan tahun 2009 nie merupakan waktu agak berlainan sedikit bagi diri saya.Sesuatu yang saya rasakan ianya perlu dimulakan lebih awal lagi iaitu penglibatan dalam dunia internet.Kiranya penghujung tahun 2008 saya cuba mendalami ilmu di internet dan mendapati terlalu banyak yang perlu saya explore....

Namun cerita tu saya biar dulu kisahnya....cume dalam bulan lepas atas usaha salah seorang ex schoolmate saya dulu ( SMA Izzuddin Shah) telah terbinanya satu blog untuk batch saya 93-97 dengan tujuan mengumpul kembali rakan seperjuangan yang telah lama terpisah.Apa yang menarik ialah apabila terdapat satu pautan blog salah seorang senior saya dahulu.Abang Hasrizal namanya....kalau tak silap masa tu saya baru form 1 dan dia amik STA ( sijil tinggi Agama ) atau dikenali sebagai STAM ( sijil tinggi agama MALAYSIA ) ....kalau tak salah saya lah....

Amat mengagumi kepetahan dan kelantangan beliau dalam berbicara terutamanya ketika memberikan TAZKIRAH subuh mahupun dalam USRAH hujung minggu.Saya merasakan kemahirannya ketika itu melampaui kebolehan pelajar yang sebaya dengannya...(bunyi macam fanatik jee).Mungkin sebab saya memang berminat orang pandai berbicara dan lantang bersuara....

Tup tup ....rupanya sekarang dia dah jadi motivational trainer / ustaz / penceramah.Yang bestnya dia ada blog dot com sendiri.Menjadikan blog sebagai medium menyampaikan ilmu dan dakwah suatu menarik bagi saya.Blog beliau senantiasa mendapat trafik yang tinggi ....kalau tak silap lebih kurang 3000 pengunjung setiap hari !!!

Untuk mendapatkan mendapatkan maklumat lebih lanjut KLIK di sini

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....