Thursday, February 19, 2009

Rahsia Bisnes Orang Cina....

:: Buku yang saya dah baca ::

Kejayaan bangsa Cina dalam bisnes sering menjadi misteri. Apakah kekuatan bangsa ini? Dari mana sumber ilmu mereka? Ada penulis yang memanggil jaringan bisnes mereka sebagai 'The Bamboo Network'.


Buku menarik untuk mereka yang berminat menyingkap rahsia perniagaan cina.Selama ini kita dihidangkan dengan kisah-kisah kejayaan masyarakat Cina dalam perniagaan. Tetapi kita jarang didedahkan dengan rahsia dan cara mereka berjaya. Rahsia Bisnes Orang Cina mendedahkan realiti, pantang larang, petua dan salah tanggapan masyarakat pada golongan ini. Orang Cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai bangsa Cina. Tetapi cara hidup yang dipraktikkan menjadikan mereka berjaya. Bagaimana?Bersama kita membongkar rahsia kejayaan mereka melalui buku ini. Banyak teknik dan rahsia mereka dapat dipraktikkan supaya kita berjaya dalam bisnes.


Ann Wan Seng - lahir dalam keluarga Cina yang berniaga dan turut memiliki perniagaan sendiri.Beliau kini adalah Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia dan juga kolumnis Dewan Bahasa Ekonomi.Beliau juga banyak menulis artikel berkaitan bisnes dan ekonomi untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan.

p/s : Suatu pendedahan eksklusif yang tersembunyi sekian lama....

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....