Thursday, April 2, 2009

Menconteng bantu tingkatkan memori

MENCONTENG bukanlah satu aktiviti yang membazirkan masa.


ANDA mungkin nampak seperti tidak memberi perhatian ketika menconteng atau mencoret sesuatu tetapi kajian sains kini membuktikan sebaliknya. Para penyelidik di United Kingdom (UK) mendapati mereka yang menconteng di atas kertas semasa mendengar mesej yang direkodkan mampu mengingat semula mesej tersebut sebanyak 29 peratus lebih baik daripada mereka yang tidak berbuat demikian.

"Jika seseorang melakukan aktiviti yang membosankan seperti mendengar celoteh kawannya di talian telefon, dia mungkin tidak memberi tumpuan atau bermimpi pada siang hari," jelas seorang pengkaji, Profesor Jackie Andrade dari Sekolah Psikologi di Universiti Plymouth, UK.

"Tabiat ini akan menghalang mereka daripada fokus pada sesuatu tumpuan. Namun, tugasan ringan seperti menconteng sudah cukup untuk mengalih perhatian daripada sekadar bermimpi," jelasnya.

Dalam kehidupan seharian, perbuatan tersebut dilihat sebagai cara untuk kita kekal cergas dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.


sumber : KOSMO ONLINE

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....