
Menjejaki....JUTAWAN SENYAP
- 'Buku ini telah merubah hidup ramai pembaca' -
" Anda patut menjadi kaya.Anda tidak berhak menjadi miskin.Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang " - Chef Li
Sedutan dari buku.....
Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak dipandang orang.Mereka dianggap 'kelas bawahan' tidak ada pejabat dan tidak perlu ada business card.
Cara mereka berusaha macam penyu lepas ke lautan luas dengan tidak tahu untung nasibnya.Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan dan barulah diintai orang.Bertelur ratusan biji tetapi mereka tetap senyap tanpa suara....apa yang keluar hanyalah air mata.
Akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit.Mereka masih tetap senyap.Itulah Jutawan Senyap.Tiada glamour...tiada kuasa dan tiada nama.Namun mereka hebat...
Mungkin jiran anda jutawan Senyap ? Anda tidak akan tahu sehinggalah anda menjadi salah seorang daripada mereka !
p/s : Terima kasih kepada sahabat saya yang mencadangkan kepada saya untuk membaca buku ini ketika mula-mula nak tahu pasal dunia perniagaan.

No comments:
Post a Comment