Monday, January 26, 2009

Derma :: Zakat :: Wakaf :: Sedekah ::



Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seumpama seperti sebiji benih yang mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(surah al-Baqarah, ayat 261)



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Apabila seorang anak Adam mati terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith riwayat Muslim) Jom buka 'akaun pelaburan' di akhirat, dividennya 7000%!!


Madrasah Al-Yamani Kg.Baru Kuala Lumpur



Terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - flat tinggi pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT.Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Mohd Fadzli, seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk fiqh yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizahnya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar lelaki dan perempuan di samping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa. Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai.




Nama Akaun : Madrasah Alyamani
No Akaun : 1415-3010-0014-53 (Bank Islam)
5648-0100-6689 (Maybank)
Tel : 019-3838730 (Ustaz Mohd Fadzli)

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....