
BANDAR GAZA - Beribu-ribu askar Israel yang dibantu oleh sejumlah kereta kebal bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas termasuk di jalan-jalan raya di Gaza semalam.
Sebanyak 39 penduduk Palestin terbunuh akibat terkena bedilan meriam atau peluru dari jet-jet pejuang rejim Zionis di Gaza.
Bagaimanapun, pertempuran darat antara pejuang-pejuang Hamas dengan ribuan askar Israel itu memasuki hari pertama malam kelmarin.
Sebelum ini, rejim Zionis melancarkan serangan udara sejak 27 Disember tahun lalu menyebabkan lebih 400 penduduk Palestin maut.
Menurut beberapa saksi, pejuang-pejuang Hamas melancarkan serangan mortar dan meletupkan bom di tepi jalan ketika kemaraan tentera Israel.
Namun, tentera Yahudi mengambil alih kawalan di Jalan Salaheddine iaitu lebuh raya utama ke bandar Gaza.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan serangan di Gaza itu tidak dapat dielakkan tetapi menegaskan ia tidak akan melancarkan serangan terhadap pejuang-pejuang Hizbollah di Lebanon."Operasi akan diluaskan dan ditingkatkan seperti yang diperlukan. Perang bukan satu perkelahan," katanya.
Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket oleh pejuang-pejuang Hamas ke wilayah Israel.
Israel bertekad untuk menghancurkan Hamas menerusi serangan besar-besaran itu. - Agensi
Itu adalah petikan berita terkini dari KOSMO ONLINE....mengenai keganasan yang telah dilakukan oleh puak zionis di TEBING BARAT.....kejadian dan tragedi yang telah berlaku sekian lama.Sehinggakan saya telah menerima sms dari seorang sahabat yang berbunyi....
Sememangnya niat si pemberi sms ini amatlah baik.....cuma pada diri saya agak kurang berkenan dengan teknik ala-ala surat berantai nie....hantar 10 orang laaa...20 orang laa....siap bagi arahan semacam paksaan/ancaman kepada penerima sms di mana sms tersebut mesti dihantar/disebarkan kepada orang lain dan jika tidak dilakukan sesuatu yang buruk akan menimpa orang yang terima sms tersebut.
Pada saya kalau yang beri sms itu ada kesedaran...kenapa baru sekarang baru nak hantar mesej yang sebegitu...???Kesengsaraan rakyat di Palestin telah lama berlaku....lebih 60 tahun lamanya....tambahan pulak mesejnya agak umum....kenapa tak dinyatakan agar setiap orang yang terima mesej itu patut BERDOA sekurang-kurangnya tiap kali lepas solat agar dugaan yang menimpa rakyat Palestin itu dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk mereka menghadapinya.Kita kena sedar bahawa DOA itu adalah senjata orang MUKMIN.Dan pula ditetapkan 10 orang rakan la pulak....Itu semua ciri-ciri sms/surat berantai.....cara klasik yang evergreen dalam menyebarkan maklumat dan ancaman.
Namun....itu mungkin cara yang tersendiri bagi setiap individu.....SMS sebegini sering wujud apabila berlakunya TRAGEDI untuk sesuatu masa....sedangkan ia boleh dilakukan secara berterusan/istiqamah tanpa perlu tunggu ianya menjadi TAJUK UTAMA akhbar.
Walau apa jua jenis medium yang digunakan individu dalam menyebarkan maklumat/amaran sebegitu....Fikir-fikirkanlah apa saja yang kita boleh bantu orang yang dalam kesusahan....Jangan terlalu nak fokus nak tolong masyarakat dunia luar negara....Di kawasan tempat kita sudah pasti ada peluang untuk kita bantu golongan yang memerlukan bantuan....Ingatlah bahawa....bak kata pepatah " Kera di hutan disusukan....Anak di rumah mati kelaparan....!!! ".Hayatilah ia maksud disebaliknya....















No comments:
Post a Comment