Friday, December 12, 2008

Dah Tahu Dah......!!!!!

Hmmm.....akhirnya saya dah tahu apa sebab kenapa blog yang kononnya tak dapat retreive di internet.Rupa-rupanya saya yang salah taip address.Kira macam salah alamat la nie....Aduhai..dekat seminggu yang berterusan saya mencari-cari apalah sebabnya.... :)

Kiranya dah dapat petunjuk la nie...mengikut kefahaman sendiri bile dah ada blog dot com sendiri secara automatiknya search dapat cari blog dot com kita nie.Nampaknya sangkaan saya tu memang tak betul langsung.Sebab saya compare dengan blogspot yang saya create nie ....tak berapa lama saya buat dah boleh cari kat search engine.Tapi silap saya jugak sebab pergi bertanya di peringkat awal timbulnya kemusykilan itu.

So sekarang bile dah jumpe nie....senang la hati sikit.Takdelah nak fikir lagi persoalan kenapa blog saya " hilang " di internet.Cuma saya kena buat keputusan apakah jenis content atau isi kandungan yang perlu di update dan dimuatkan dalam blog saya tu.Biasanya IM 2x suruh kita tulis yang merangkumi bidang kepakaran kita.Senang untuk diolah dan disampaikan penceritaannya.Berbanding kalau kita buat topik yang hebat dan menarik...tetapi kita takde knowledge tentang perkara tersebut.

Jadi kenalah saya buat draf/plan untuk merangka kerja-kerja penghasilan blog dot com saya nanti.Kekangan masa setiap hari dengan komitmen kerja seharian sedikit membataskan saya untuk update blog nie...akan tetapi itu sume tidak boleh di jadikan alasan.

Semalam sempat jugak saya tengok rancangan kat ASTRO : Istimewa Bersama Dato' Fadzilah Kamsah.Dalam program tu die temuramah Datin Paduka Sharifah Mazlina - alah yang pergi KUTUB UTARA dan KUTUB SELATAN tu.Sedikit sebanyak pengajaran yang saya dapat ambil dalam program bualbicara tu ialah persediaan yang dilakukan oleh Sharifah Mazlina untuk program tersebut memakan masa 2 tahun !!!!Di mana dia peruntukan setiap hari 5 jam untuk melakukan senaman di gim bagi membina otot dan ketahanan diri.

Moral of the story di sini ialah : dalam menempuh kejayaan yang kita hendak bina...keperluan untuk mendapatkan ilmu dan komitmen serta disiplin yang tinggi amatlah diperlukan.Secara tidak langsung memberi isyarat kepada saya....istiqamah yang jitu perlu ditanamkan dalam jiwa saya sekiranya ingin berjaya dalam dunia internet nie....

p/s : Suka dengan slogan Sharifah Mazlina

/// Betulkan yang biasa.....Biasakan yang betul ///

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....