Thursday, November 13, 2008

Hari Ketiga

Hari ini....sepanjang pagi kesibukan kerja membantutkan saya untuk buat apa2 jenis research mengenai info produk minisite yang saya nak sediakan.

Makna kata sememangnya di waktu siang hari saya tiada peluang langsung...keep on kerja...kerja...kerja....

Cuma yang bestnya bile tiba waktu malamnya.....untuk hilangkan mengantuk saya pekena kopi RED GUARA.Waah.....bestnya....terang mata saya....dan dalam masa yang sama datang pulak idea untuk tajuk-tajuk yang saya boleh buat ebook

Tanpa melengahkan masa....saya praktikkan apa yang saya baca dari buku karya IRFAN KHAIRI....nota jutawan nota motivasi.Iaitu setiap kali kita mendapat idea yang terlintas.....maka WAJIBlah untuk kita catatkan ia di nota.

Maklumlah ilham yang baik hanya datang sekali sahaja.....dan malam tadimenderu-deru tajuk bernas....best betul je rasanya....sedar-sedar dah pukul 12 tengah malam....

Nampaknya ada potensi untuk saya usaha dan fikirkan cara-cara untuk bisnes internet berasaskan produk dan digital....untuk produk barangnyadah ada dah...sekadar memperkayakan dan menjadikan minisite tersebut mempunyai ciri surat jualan yang menarik

Untuk idea-idea ebook boleh rasanya topik-topik besar akan muncul setiap hari.Akan dikembangkan dengan isi-isi penting untuk dikembangkanpenceritaannya.Moga hari-hari mendatang akan dipermudahkan lagi jalan ke arah dunia internet.....

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....