Monday, November 10, 2008

Bengkel Bina Laman Web

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET

  • Dua hari lepas saya menghadiri bengkel Rahsia Buit Duit Dengan Internet yang dikelolakan oleh SaifulSham.Suatu nama yang amat sinonim bagi ramai individu yang terlibat perniaagaan internet.
  • Ia berlangsung selama dua hari....8-9 november 2008.Hari Pertama berlangsung di Berjaya Times Square and Convention Centre.Manakala hari kedua bertempat di CosmoPoint Jalan Raja Laut....ala yang kat Wisma Sime Darby tu...
  • Namun apa yang menarik semasa saya menjalani bengkel tersebut terdapat dua perkara.Pertama salah seorang peserta dalam bengkel tersebut seorang yang berbangsa cina....Kelvin namanya....sesuatu yang jarang saya dapati setelah banyak kursus/seminar yang saya hadiri.Sedikit sebanyak dapatlah tahu secebis pemikiran mereka tentang perniagaan.
  • Yang kedua ialah....salah seorang peserta yang terlibat adalah rakyat Singapura.Jauh tu....Mereka adalah pasangan suami isteri .....Kak Siti dan Abang Johari rasanya...cuma Abang Johari nie tak join kami dalam bengkel bina laman web jee....mungkin die dah mahir rasanya....
  • Di sini....lagi satu contoh yang jelas tentang keinginan manusia untuk mendapatkan ilmu diingini.Kesanggupan para perserta yang datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan "mukadimah" ilmu tentang internet ini memberi motivasi kepada saya untuk sentiasa mengekalkan momentum positif dalam diri saya.

-- maka bermulalah langkah pertama secara serius dalam dunia internet --

No comments:

Kengkawan Hazman

Himpunan Kisah Hazman....